Boleh pinjam Biovelocity?

0
Alhamdulillah. Semenjak diperkenalkan dengan dunia perniagaan, Kak Salha Zain & kumpulan usahawan yang boleh 'viral'kan apa saja produk sampai sold out di stokis iaitu Top Leaders Circle, rezeki saya semakin luas. Bukan kemewahan yang kami kejar, tapi mencari erti diri dan melapangkan hati membantu mereka yang memerlukan selagi termampu yang mendatangkan keberkatan rezeki kepada kami. Syukur yang tak terhingga.

Atas kesedaran perlunya untuk kita 'add value' atau menambah nilai pada kehidupan orang lain sebelum kita beroleh nilai yang kita mahukan untuk diri sendiri, sekarang Biovelocity Top Agent iaitu saya & suami (Hajar & Haikal Lim) menawarkan pinjaman alas cadar Biovelocity Sleepmate kepada rakan dan saudara-mara terdekat agar mereka merasai sendiri dahulu kesannya. Alhamdulillah, disebabkan strategi ini (cadangan Dr Azizan Osman yang juga mentor kepada mentor kami), pengenalan produk dari mulut ke mulut pun bermula dan semakin ramai yang mula membuat tempahan untuk Biovelocity Sleepmate.

Kami juga tidak memaksa bayaran dibuat secara tunai RM1288 terus kepada kami, kami terima ansuran atas dasar ingin menawarkan produk kesihatan yang bagus tetapi MAMPU MILIK. Kami tak kisah, bayarlah sebanyak mana yang anda mampu sebulan. RM50 pun kami terima, asalkan anda sembuh & berpuas hati.

Semalam saya meminjamkan Biovelocity kepada salah seorang rakan baik keluarga kami. Beliau telah 2 minggu mengalami sakit pinggang yang agak teruk. Disebabkan keengganan beliau menggunakan korset Premium Beautiful (tak macho katanya, rakan kami itu lelaki), kami pinjamkan Biovelocity kepada beliau. Kami mengenali beliau dan memahami keadaan kewangannya, jadi kami sebulat suara meminjamkan dahulu unit demo Biovelocity kepada beliau. Diharapkan beliau cepat sembuh!

0 comments: