Ilmu jutawan percuma. Ada ke?

0
Selalunya kita dengar kalau nak ke seminar jutawan atau perniagaan, pasti yurannya ada macam-macam peringkat, kan? Bermula dari RM50 ke bawah sampailah ke tahap puluhan ribu! Tapi orang tetap sanggup pergi. Kenapa? Untuk ILMU. Buat apa pun mesti ada ilmu. Kalau tak, kita akan sentiasa melanggar dinding yang sama. Kenapa nak ulang kesilapan orang yang berpengalaman berniaga buat dulu? Kenapa tak nak belajar jalan pintas atau dalam bahasa Jawa-nya 'short-cut'? (Gurau je. Takkan gurau pun tak boleh!)

Atas kesedaran itulah, mentor-mentor budiman kami dalam Top Leaders Circle mengadakan seminar atau bengkel setaraf bengkel pakar-pakar motivasi tersohor dalam dan luar negara SECARA PERCUMA 2 KALI SEMINGGU. Hampir 2-3 bulan sekali, kami berpeluang pula menghadiri seminar oleh pakar perniagaan dan usahawan yang hebat-hebat belaka macam pakar pemasaran online Dr Irfan Khairi dan sebagainya. Allah! Inilah REZEKI! Tak perlu bayar beribu-ribu, cuma datang saja dan dengar. Tolong ingat ya, ini bukan kelas 'brainwash' ajak buat MLM (ia akan jadi begitu kalau ANDA YANG FIKIR BEGITU), tapi di kelas-kelas inilah kami belajar strategi pemasaran dalam dan luar talian (online & offline), kaedah menarik pelanggan, cara menukar pelanggan menjadi pelanggan tetap, cara perkhidmatan selepas jualan dan lain-lain lagi ilmu yang sangat berharga.

Bukan memperlekehkan seminar berbayar. Na'uzubillah. Bukan itu niat saya. Cuma nak beritahu betapa pemurahnya mentor-mentor kami dalam Top Leaders Circle dan langsung tak lokek ilmu dengan sesiapa pun. Mungkin seminar berbayar bersifat lebih universal dari segi bidang perniagaan (pilihan produk/perkhidmatan dan sebagainya) tapi di seminar percuma kami, walaupun kami memang ada produk khusus, tapi strateginya boleh digunakan untuk sebarang produk atau perkhidmatan pun yang anda mahu atau akan atau sedang buat.

Saya paling suka mendengar sesi motivasi setiap minggu oleh CDM Siti Rohana Yusoff dan CDM Azlan Deraman (CDM ni bermaksud Crown Diamond Manager dalam sistem kami, iaitu tahap ke-5 atau yang tertinggi.) Kalau MLM lain, orang atas-atas ni selalunya susah nak nampak muka, kan? Sebab tu orang yang berfikiran negatif akan kata "Alah, dia dah kaya. Mestilah duduk rumah je goyang kaki." Tapi percayalah, 'orang atas' kami bukan begitu. Malah, tak rasa macam 'orang atas' pun dek kerana rendah dirinya mereka. Sanggup turun padang mendidik kami yang baru mula bertatih dalam bidang perniagaan ni.

Kalau saat-saat 'down' atau sedih sebab kena reject, kena perli sebab berniaga, sales tak memberangsangkan, laaagi wajib datang supaya dapat serap aura-aura orang positif di kelas tu. Oh ya, yang datang bukan semuanya makcik-makcik suri rumah ye, tapi ada jugak doktor, ahli korporat dan macam-macam golongan lagi. Kalau nak tengok lelaki jual korset & nak tau macam mana dia boleh jual sampai beratus-ratus set, kenalah datang menuntut. Mana nak dapat ilmu kalau tak melangkah keluar, kan?

Ilmu begitulah  yang diturunkan pula kepada CDM saya iaitu CDM Salha Zain & CDM Al-Faath yang saya panggil Kak Salha & Abg Alfaath. Mereka ibarat abang dan kakak yang sentiasa bersedia memimpin tangan adik-adik mereka dalam bidang perniagaan. Hanya Allah yang mampu membalas jasa & ilmu mereka selama ini.

Bagi anda yang baru nak mulakan perniagaan tapi tak tahu nak jual apa, atau ada produk tapi susah nak push pada pembeli, saya dengan rendah hati menjemput anda datang ke kelas kami setiap Rabu & Sabtu. Kehadiran tak wajib. Kalau ada hal pun boleh balik awal, tiada masalah. Yang diperlukan cuma iltizam untuk datang menuntut ilmu dan sejauh mana kita betul-betul nak capai impian kita. 


Setiap Rabu: 8.30pm-11.00pm.
Tempat: B32, Medan Selayang

Setiap Sabtu: 2:00pm-5:00pm.
Tempat: Top Leaders Circle Centre, Taman Sri Gombak

Boleh PM saya kalau nak pergi sama-sama.

Saja nak tunjuk, mentor kami Salha Zain dah dipaparkan dalam majalah Worthy di NEW YORK.
Bukan calang-calang orang dapat coverage macam ni!

0 comments: