Bio-Beauty Lane dan CSR

0
Hi! Sorry sebab dah lama biarkan blog ni bersawang. Agak sibuk dengan kerja, kelas, aktiviti-aktiviti luar & perniagaan.

Anyway, entry hari ni short & simple je. Just nak inform yang mulai hari ini, RM3 daripada setiap item yang dibeli dari http://biovelocitytopagent.blogspot.com atau Facebook Page Bio-Beauty Lane akan disumbangkan kepada rumah-rumah perlindungan (tak kira orang tua, kanak-kanak atau kurang upaya) di kawasan sekitar Selangor & Wilayah Persekutuan.

Sejujurnya, saya tak ada banyak untuk diberikan walaupun saya harap saya dapat beri lebih. Percayalah, kalau anda sendiri yang jejakkan kaki ke tempat-tempat begitu, pasti pintu hati ihsan anda akan diketuk kuat untuk membantu sebanyak yang boleh.

Jadi atas dasar ihsan sesama insan, kami akan cuba selagi terdaya untuk membantu mereka yang memerlukan. Take note juga yang kami akan bantu tak kira rumah perlindungan Melayu, Cina, India atau apa saja bangsa.

Untuk makluman, kami akan menyertai Persatuan Kepolisan Masyarakat (Community Policing Malaysia) menganjurkan lawatan ke Pusat Perlindungan Kebajikan Lotus di Semenyih pada 20 APRIL 2014 untuk menziarahi dan cuba menceriakan para penghuni di sana. Anda dijemput hadir untuk bersama-sama memeriahkan majlis. Asyik pergi shopping je, jom la ziarah mereka yang kurang kemampuan pulak. Hari ni hari mereka, esok lusa mungkin hari kita. Kita tak tau kan...

Semalam saya & suami bermesyuarat dengan Encik Poh Chye Lay (Pengerusi Persatuan Kepolisan Masyarakat, Batu 11 Cheras, Selangor) dan ketua urusetia majlis lawatan nanti iaitu Encik Kenji tentang keperluan rumah perlindungan tersebut. Nampaknya mereka amat-amat memerlukan bekalan makanan untuk menampung penghuni rumah perlindungan tersebut yang berjumlah hampir 50 orang. Kami sedang cuba mendapatkan seramai boleh sukarelawan yang ingin menyertai kami menceriakan penghuni Pusat Perlindungan Kebajikan Lotus pada 20 April 2014. Sayu hati ni bila dengar ada baby, kanak-kanak & orang tua yang diabaikan :(

Saya panjangkan mesej dari Encik Kenji di Facebook Page COPS.ORG.MY - COMMUNITY POLICING

"FIGHT CRIME IS WHAT WE (COMMUNITY POLICING MALAYSIA) DO!!BUT SENDING OUT OUR LOVE AND CARE TO THE SOCIETY ARE WHAT WE CONCERN TOO!!!WE ARE SENDING OUT OUR LOVE AND CARE ON OUR FIRST JOURNEY TO LOTUS CHARITY CARE CENTER WHICH LOCATED IN SEMENYIH ON 20TH APRIL.WE NEED YOUR SUPPORT!!WE NEED THE GROCERY AS BELOW:

1)RICE
2)COOKING OIL
3)BISCUIT
4)WASHING POWDER
5)TIN FOOD
6)NEW AND OLD CLOTHES
7)MILO & NESCAFE
8)INSTANT NOODLE
9)CURRY POWDER
10)CHICKEN CURRY POWDER
11)MILK
12)SUGAR
13)ADULT PAMPERS (FREE SIZE)
14)KIDS PAMPERS (SIZE M,L,XL)

ANYONE WHO INTERESTED TO MAKE ANY DONATION CAN KINDLY CONTACT CP BATU 11 CHERAS MR.POH (012 2802176),MR.KENNETH CHUA (012 2318310) AND ME,KENJI (0166800408).THANK YOU

WE LOVE..WE CARE..WE SHARE

FROM 
蕉赖十一哩人民社警协会
PERSATUAN KEPOLISAN MASYARAKAT BATU 11 CHERAS,SELANGOR."



Jika masih ada rasa belas di dalam jiwa itu, mohon maklumkan mereka yang nombornya tertera di atas atau boleh hubungi saya terus > Hajar Azraai 016-3310484.

Semoga jasa anda dibalas Tuhan dengan kelapangan rezeki, masa & kesihatan!



Yang sedang hulur sampul tu En. Poh. Funny & big-hearted man! :)

They need to survive too, not just us

If only i could cuddle you always

'Malay', 'Chinese' or 'Indian' bears no meaning here in this home

Seorang ayah boleh menjaga 10 anak, tapi 10 orang anak....?


BERSEDEKAH
- Jangan menunggu KAYA dulu baru BERSEDEKAH,
tapi BERSEDEKAHLAH niscaya engkau menjadi KAYA.
- Jangan menunggu IKHLAS dulu baru BERSEDEKAH,
tapi BERSEDEKAHLAH niscaya engkau menjadi IKHLAS.
- Jangan menunggu LAPANG dulu baru BERSEDEKAH,
tapi BERSEDEKAHLAH niscaya hatimu menjadi LAPANG.
- Jangan menunggu NIKMAT dulu baru BERSEDEKAH,
tapi BERSEDEKAHLAH niscaya akan bertambah NIKMAT.

0 comments: